Wednesday, June 15, 2011

HAKIKAT KEHIDUPAN MANUSIA

Panjang Umur Akan Tua
Pendek Umur Akan Mati
Jika kita ada Penyakit kita akan Sakit
Jika kita Hilang Upaya kita akan Lumpuh

Antara 4 perkara di atas, yang manakah tidak memerlukan DUIT ?

Sekiranya kita panjang umur kita akan tua, jika  kita tidak membuat persediaan untuk masa persaraan kita dari sekarang kita akan mengalami masalah untuk menyara kehidupan kita.Fakta untuk kehidupan memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM 1juta bagi menanggung kos sara hidup seseorang sekiranya ia panjang umur mengikut jangka hayat setiap manusia selepas mereka bersara.

Sekiranya kita pendek umur, adakah kita telah membuat persiapan untuk ahli keluarga kita?.Menyediakan keperluan yang sepatutnya untuk mereka.

Jika kita ada penyakit kita memerlukan kos untuk merawati penyakit, malahan perlu menyediakan keperluan kos sara hidup semasa yang semakin tinggi.Adakah anda telah bersedia ?

Jika kita hilang upaya kita akan lumpuh, malahan lebih teruk lagi kita terpaksa mengharapkan bantuan keluarga kita, menjaga kita, menanggung kita dan terpaksa menyusahkan mereka untuk keperluan kita.Adakah anda bersedia?

Jika anda belum bersedia, buatlah persediaan sekarang.Saya boleh memberi pandangan dan nasihat bagaimana anda boleh membuat persediaan kehidupan anda.Hubungi saya Nor 013-2749083

Saturday, June 4, 2011

WAWASAN,HARAPAN DAN PANDUAN

Semua orang ada impian, ada wawasan, ada harapan.
Bagaimana nak mencapai impian dan wawasan kita ?
Bagaimanakah panduannya ?
Apakah harapan kita ?

Ada Impian tetapi tidak jelas.
Ada wawasan tetapi tak tahu bila boleh capai.
Ada harapan tetapi tak tertunai.
Ada Panduan tetapi tak ikut.

Kata-kata di mulut tidak sama dengan kata-kata di hati
Di Hati mahu mencapai apa yang di impikan tetapi
di mulut mengatakan amat sukar untuk mencapainya...

Ada Harapan.
Kita ada harapan mahu berjaya tetapi kita tiada usaha ke arah nak mencapainya.
Harapan tinggal harapan,
Kata-kata tinggal janji kosong
Panduan hanya tinggal panduan.

Ciptalah hati yang stabil
Asuhlah akal dengan muzakarah yang boleh memantapkan kefahaman dasar pengetahuan seseorang
Suluhlah Hidup kita dengan Ilmu
Ikatlah jiwa dengan mahabbah kasih sayang yang murni dan tulus

Wednesday, June 1, 2011

AL FATIHAH BUAT ARWAH DDM KUNAINI BOHRI


(Ketika Seminar New Dimension Seminar Shah Alam)

Tinggal Kenangan...
Arwah DDM Kunaini...
Semangatmu menyerap di seluruh Warga Akademi Taipan...
Personalitimu Pengubat Jiwa Warga Akademi Taipan..
Pemergianmu adalah satu kehilangan Warga Akademi Taipan...
Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.
Amin....

Sedarlah wahai sahabat2ku...
kerana kita juga akan kembali kepadaNYA...
hanya masa yang akan menentukan..
Satu kehidupan abadi untuk setiap insan yg bergelar manusia....
Kehidupan adalah peluang yang terbaik yang Allah berikan kepada kita..
Untuk menikmati pahit manisnya kehidupan..
Untuk menempuh segala Ujian dan cabaran...
Adakah Kita masih mahu menghabiskan peluang kehidupan dgn sia-sia...?
Jom kita renungkan bersama2 apa pencapaian hidup yg telah kita capai
selama kita hidup ?

Saturday, May 28, 2011

Perjumpaan untuk Insan Yang Ingin Bergelar Usahawan

Esok Jam 2.30 ptg
Bertempat di Bilik Seminar Usahawan Akademi Taipan Melaka Raya

Satu perjumpaan bagi yang ingin melihat, meninjau, meneliti, menyiasat, memahami dan yang paling penting sekali yang ingin memberi peluang merubah kehidupan dan ingin menambah pendapatan yg ke 2.

Syarat perjumpaan tiada syarat yang penting MAHU.

Jika dulu saya lihat orang yang dah berjaya..saya juga ingin berjaya...
Jika kini saya juga boleh berjaya...yang pasti ada juga orang lain yang ingin berjaya..

Hadirlah ke Akademi kerana disitulah bermulanya perubahan hidup anda
Keputusan anda hari ini adalah penentu kehidupan anda akan datang.
Untuk Maklumat Lanjut boleh hubungi saya (Nor : 013-2749083)

Wednesday, May 25, 2011

5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

                                         MUDA SEBELUM TUA
                                         KAYA SEBELUM MISKIN
                                         LAPANG SEBELUM SEMPIT
                                         SIHAT SEBELUM SAKIT
                                         HIDUP SEBELUM MATI
                                         

Tuesday, May 24, 2011

Daftar Segera...

 Untuk meningkatkan pembangunan Ekonomi Ummah.

Cukup beranikah kita untuk bertindak ?
Adakah anda percaya bahawa anda berisiko untuk menjadi muflis muda ?
Atau berpotensi menjadi Usahawan Jutawan Muda ?
Apakah pilihan anda ?
Adakah dengan bekerja sebulan dapat pendapatan sebulan boleh mengatasi masalah kewangan kita ?
Mahukah kita ubah sedikit pemikiran kita untuk bekerja sebulan tetapi mendapat gaji untuk setahun ?

Jom...berilah peluang kepada diri kita untuk menjadi salah seorang Usahawan yang dapat merubah sejarah keluarga kita...
Kita bukan lahir dari keluarga yang ada darjat, keturunan di raja, dan kategori jutawan.
Kita hanyalah insan-insan biasa yang hanya dilahirkan untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini.Mahukah kita berubah ?Jika anda percaya bahawa diri anda merupakan permata yang akan menyinari kehidupan kita dan keturunan kita, Menjadikan satu bangsa yang berjaya dalam pembangunan ekonomi Ummah kita.Bukannya dari golongan yang akan tertindas ataupun ditindas dek kerana kealpaan kita untuk memantapkan ekonomi bangsa kita sendiri.Marilah kita berganding bahu, bersama-sama untuk mengambil keputusan yang akan mencipta rekod demi ekonomi bangsa kita..Bertindaklah sekarang...kerana masa akan tetap berlalu tanpa menunggu siapa kita.Daftar segera untuk menjadi salah seorang graduan Usahawan Jutawan bersama-sama AKADEMI TAIPAN.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut : 019-2624338

Monday, May 23, 2011

PAKEJ

Adakah kita telah menggunakan Pakej yang Allah telah berikan kepada semua umatNYA ?

5 Pakej yang Allah anugerahkan kepada kita.

1) Akal 
Selama kita hidup hari ini adakah kita telah menggunakan sepenuhnya akal yang telah diberikan kepada kita ? Akal adalah penentu setiap perkara yang kita lakukan.Dengan akallah kita boleh menilai apa sahaja yang kita ingin lakukan dan yang telah kita lakukan.

2) Tubuh Badan
Syukur Alhamdullillah Allah beri kita tubuh badan yang sempurna, cukup segala pancaindera.Ada kepala yang menutupi akal kita, ada mata utk melihat betapa indahnya dunia ini, ada hidung untuk menghidu segala bauan,ada telinga untuk mendengar segalanya samada yang baik atau yang tak baik, ada tangan untuk kita gunakan untuk melakukan kerja-kerja dan Ibadah, Ada kaki untuk kita menentukan arah mana yang kita mahu tuju.

3) Tenaga
Allah berikan kita tubuh badan tidak lengkap rasanya tanpa tenaga.Selagi kita hidup Allah berikan kita tenaga mengikut usia kita.Jika hari ini kita masih muda, bersyukurlah kerana tenaga anda masih banyak yang boleh digunakan.Kita lihat hari ini kenapa manusia perlu bekerja?Kerana Allah beri kita tenaga untuk kita menghasilkan sesuatu samada yang perbuatan itu baik atau tidak baik.

4) Kemahuan/Nafsu
Inilah anugerah yang Allah berikan kepada manusia untuk mereka menentukan apa yang mereka inginkan.Allah berikan kita kemahuan dalam bentuk nafsu makan, nafsu material, nafsu diri, dan byk lagi.Cuba kita renung kembali apakah kemahuan diri yang kita telah capai dan semestinya manusia tidak pernah puas dangan apa yang dimilikinya.

5) Masa
Inilah anugerah yang Allah berikan kepada manusia hari ini amat di pandang remeh.Jika kita sedar selama Allah beri kita kehidupan hari ini berapa banyak masa yang Allah telah berikan kepada kita?Sehari ada 24 jam.Setahun ada 365 hari x 24 jam dan usia kita hari ini .Masih tidak cukupkah masa yang Allah berikan kepada kita?Masa tidak akan menunggu kita, ia tetap akan berlalu.Anda renungkanlah samada anda kalahkan masa atau masa mengalahkan anda.




Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

Buat semua guru-guru di Malaysia dan Tenaga Pengajar Akademi Taipan 181, selamat menyambut hari guru Se Malaysia.
Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan dengan sepenuh keikhlasan hati demi melihat kejayaan  anak-anak bangsa.
Segala jasa dan budibaik yang penuh keikhlasan hati yang telah cikgu sumbangkan akan dikenang sepanjang hayat.
Buat semua Tenaga Pengajar AT 181, andalah merupakan MENTOR yang paling terbaik untuk kami berjuang dalam mengecapi impian kita bersama.

SABAR

SABAR ITU GANJARANNYA SYURGA

Allah tidak akan Menguji setiap HambaNYA dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh HambaNYA.
Setiap dugaan yang kita hadapi dengan keyakinan iaitu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia ini mampu dihadapi kerana kita mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga...
Sesungguhnya sabar itu INDAH.

Sabar bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yg tidak terarah.
Sememangnya, sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan yg perlu ditempuhi setiap Insan di dunia ini.

Sunday, May 15, 2011

DEMI MASA

Masa sentiasa bergerak dan berlalu
Masa tidak pernah berehat dan berhenti
Masa tidak pernah cuti dan penat
Yang berehat,cuti dan penat adalah manusia
Ini kerana manusia tidak seperti masa
Oleh sebab itu, beringatlah supaya anda tidak " dikalahkan " oleh masa