Saturday, June 4, 2011

WAWASAN,HARAPAN DAN PANDUAN

Semua orang ada impian, ada wawasan, ada harapan.
Bagaimana nak mencapai impian dan wawasan kita ?
Bagaimanakah panduannya ?
Apakah harapan kita ?

Ada Impian tetapi tidak jelas.
Ada wawasan tetapi tak tahu bila boleh capai.
Ada harapan tetapi tak tertunai.
Ada Panduan tetapi tak ikut.

Kata-kata di mulut tidak sama dengan kata-kata di hati
Di Hati mahu mencapai apa yang di impikan tetapi
di mulut mengatakan amat sukar untuk mencapainya...

Ada Harapan.
Kita ada harapan mahu berjaya tetapi kita tiada usaha ke arah nak mencapainya.
Harapan tinggal harapan,
Kata-kata tinggal janji kosong
Panduan hanya tinggal panduan.

Ciptalah hati yang stabil
Asuhlah akal dengan muzakarah yang boleh memantapkan kefahaman dasar pengetahuan seseorang
Suluhlah Hidup kita dengan Ilmu
Ikatlah jiwa dengan mahabbah kasih sayang yang murni dan tulus