Wednesday, June 15, 2011

HAKIKAT KEHIDUPAN MANUSIA

Panjang Umur Akan Tua
Pendek Umur Akan Mati
Jika kita ada Penyakit kita akan Sakit
Jika kita Hilang Upaya kita akan Lumpuh

Antara 4 perkara di atas, yang manakah tidak memerlukan DUIT ?

Sekiranya kita panjang umur kita akan tua, jika  kita tidak membuat persediaan untuk masa persaraan kita dari sekarang kita akan mengalami masalah untuk menyara kehidupan kita.Fakta untuk kehidupan memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM 1juta bagi menanggung kos sara hidup seseorang sekiranya ia panjang umur mengikut jangka hayat setiap manusia selepas mereka bersara.

Sekiranya kita pendek umur, adakah kita telah membuat persiapan untuk ahli keluarga kita?.Menyediakan keperluan yang sepatutnya untuk mereka.

Jika kita ada penyakit kita memerlukan kos untuk merawati penyakit, malahan perlu menyediakan keperluan kos sara hidup semasa yang semakin tinggi.Adakah anda telah bersedia ?

Jika kita hilang upaya kita akan lumpuh, malahan lebih teruk lagi kita terpaksa mengharapkan bantuan keluarga kita, menjaga kita, menanggung kita dan terpaksa menyusahkan mereka untuk keperluan kita.Adakah anda bersedia?

Jika anda belum bersedia, buatlah persediaan sekarang.Saya boleh memberi pandangan dan nasihat bagaimana anda boleh membuat persediaan kehidupan anda.Hubungi saya Nor 013-2749083

Saturday, June 4, 2011

WAWASAN,HARAPAN DAN PANDUAN

Semua orang ada impian, ada wawasan, ada harapan.
Bagaimana nak mencapai impian dan wawasan kita ?
Bagaimanakah panduannya ?
Apakah harapan kita ?

Ada Impian tetapi tidak jelas.
Ada wawasan tetapi tak tahu bila boleh capai.
Ada harapan tetapi tak tertunai.
Ada Panduan tetapi tak ikut.

Kata-kata di mulut tidak sama dengan kata-kata di hati
Di Hati mahu mencapai apa yang di impikan tetapi
di mulut mengatakan amat sukar untuk mencapainya...

Ada Harapan.
Kita ada harapan mahu berjaya tetapi kita tiada usaha ke arah nak mencapainya.
Harapan tinggal harapan,
Kata-kata tinggal janji kosong
Panduan hanya tinggal panduan.

Ciptalah hati yang stabil
Asuhlah akal dengan muzakarah yang boleh memantapkan kefahaman dasar pengetahuan seseorang
Suluhlah Hidup kita dengan Ilmu
Ikatlah jiwa dengan mahabbah kasih sayang yang murni dan tulus

Wednesday, June 1, 2011

AL FATIHAH BUAT ARWAH DDM KUNAINI BOHRI


(Ketika Seminar New Dimension Seminar Shah Alam)

Tinggal Kenangan...
Arwah DDM Kunaini...
Semangatmu menyerap di seluruh Warga Akademi Taipan...
Personalitimu Pengubat Jiwa Warga Akademi Taipan..
Pemergianmu adalah satu kehilangan Warga Akademi Taipan...
Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.
Amin....

Sedarlah wahai sahabat2ku...
kerana kita juga akan kembali kepadaNYA...
hanya masa yang akan menentukan..
Satu kehidupan abadi untuk setiap insan yg bergelar manusia....
Kehidupan adalah peluang yang terbaik yang Allah berikan kepada kita..
Untuk menikmati pahit manisnya kehidupan..
Untuk menempuh segala Ujian dan cabaran...
Adakah Kita masih mahu menghabiskan peluang kehidupan dgn sia-sia...?
Jom kita renungkan bersama2 apa pencapaian hidup yg telah kita capai
selama kita hidup ?