Monday, May 16, 2011

SABAR

SABAR ITU GANJARANNYA SYURGA

Allah tidak akan Menguji setiap HambaNYA dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh HambaNYA.
Setiap dugaan yang kita hadapi dengan keyakinan iaitu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia ini mampu dihadapi kerana kita mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga...
Sesungguhnya sabar itu INDAH.

Sabar bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yg tidak terarah.
Sememangnya, sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan yg perlu ditempuhi setiap Insan di dunia ini.